
She's a nice girl & she's my niece...
She smiles a lot, but she's crying in her heart...
She's the apple of everybody's eyes...
We're always trying at our best to make her happy...
As she deserved to be happy..
Her side of story in Bintang Popular Berita Harian a week ago....
'Saya akui sibuk urus majlis perkahwinan'
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
The New Straits Times Press (M) Berhad
Anne sebak terkenang arwah ibu menjelang hari pernikahan abang
BELUMPUN setahun bertugas di konti radio Hot FM, Putri Andreanna Syigim atau Anne, 26, sudah dipalit gosip. Berita penyampai radio popular itu sedang dilamun cinta dan sibuk dengan persiapan perkahwinan dengan seorang jejaka kacak tidak lama lagi begitu mengejutkan empunya diri.

Malah Anne tidak mampu berselindung apabila terserempak dengan peminat ketika sedang membeli-belah barang hantaran dan keperluan resepsi perkahwinan di Bangkok, Thailand, baru-baru ini. Persoalannya, kenapa Anne mahu merahsiakan hari bersejarah hingga jauh pelariannya mendapatkan barang keperluan perkahwinan?
Memang sukar meneka hatinya. Dan ternyata Anne teguh menyimpan rahsia peribadi walaupun diasak pelbagai persoalan. Sambil tersenyum, Anne akui, “Saya memang sibuk dengan persiapan perkahwinan, tapi bukan saya yang nak berkahwin sebaliknya abang sulung yang akan melangsungkan perkahwinan, September ini.
"Kami tiada ibu jadi sayalah yang menggantikan tempat ibu untuk menguruskan persiapan perkahwinan abang memandangkan kami hanya dua beradik. Nasib baiklah saya mempunyai ibu dan bapa saudara yang sanggup bersusah payah membantu menguruskan majlis perkahwinan abang. Memang saya bersama ibu saudara dan dua sepupu ke Bangkok, namun niatnya ke Bangkok hanya untuk bercuti merehatkan minda selepas empat bulan bertungkus lumus mengendalikan program realiti Gang Starz, namun dalam kesempatan itu, saya shopping barang hantaran dan bunga manggar untuk majlis kenduri kahwin sekali," katanya.
Bagaimanapun, Anne akui dia tetap bersedih terkenang ibu apabila hari bersejarah dalam keluarganya semakin dekat. Dalam nada sebak, Anne berkata, "Kalau keluarga lain, tentunya ibu mereka sibuk menguruskan agenda perkahwinan sebaliknya kami hanya uruskan sendiri hantaran, pelamin, jamuan, kad jemputan dan macam-macam lagi. Nasiblah kami mempunyai sanak-saudara ramai, jadi ringan sikit bebanan. Namun perasaan sedih tetap ada apabila mengenangkan arwah ibu. Terbayang di fikiran saya bagaimana kalutnya ibu menguruskan semuanya jika dia masih ada, tentunya majlis bertambah meriah," katanya.
Di sebalik itu, walaupun sukar mengungkap dengan kata-kata, gadis lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu terpaksa mengakui dia semakin rapat dengan seseorang. Bagaimanapun mereka masih dalam proses mengenali hati budi. Kata Anne, mereka sudah hampir setahun berkawan dan setakat ini, mereka lebih selesa jika berkawan dulu. Lagipun dirinya belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius.
"Bukan saya mahu mempermainkan perasaan orang, tapi rasanya saya lebih selesa mengenalinya sebagai kawan baik. Kalau saya serius menjalinkan hubungan, seolah-olah saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, sedangkan saya tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini. Tanggungjawab sebagai isteri cukup berat, sedangkan saya sentiasa sibuk di konti dan sibuk memenuhi pelbagai aktiviti yang membabitkan promosi dan tour HotFM. Saya belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri kerana saya tahu pastinya suami saya akan terabai suatu hari nanti. Bagi saya masa tiga, empat tahun lagi, kata orang 30, angka yang sesuai untuk berkahwin. Bagaimanapun, saya tak mampu menolak kehendak takdir sekiranya jodoh saya sudah sampai," katanya yang suka pada lelaki matang dan tidak meletakkan paras rupa sebagai pilihan nombor satu.
Apabila diajukan pertanyaan jejaka yang semakin rapat dengannya itu, Anne berkata, "Biarlah ia jadi rahsia saya dan yang pasti, jejaka berkenaan bukanlah di kalangan orang seni."

5 fakta menarik mengenai Anne
1- Anne atau nama sebenarnya ialah Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli, 26. Dilahirkan pada 11 Januari 1981 dan berasal dari Taiping, Perak.
2- Anak bongsu dua beradik itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Ketika masih menuntut, Anne berjinak-jinak dalam dunia penyiaran apabila menjadi pengacara rancangan kanak-kanak, Hugo di ntv7 selama satu setengah tahun.
3- Seterusnya Anne mendalami dunia penyiaran apabila berhijrah ke Astro sebagai penulis skrip Salaam Bollywood. Ketika itu, pengacaranya ialah Sharifah Amani. Anne seterusnya menimba pengalaman di TV9 pula sebagai penolong penerbit rancangan Kompas selama enam bulan.
4- Anne melebarkan sayapnya ke konti radio apabila bergelar penyampai radio di RedFM sebagai penyampai radio sambilan dan masa yang sama bertugas sebagai penolong penerbit rancangan di MITV.
5- Seterusnya Anne mencari tapak yang lebih kukuh untuk memperluas kerjayanya dengan menyertai HotFM dan memulakan tugasnya di stesen radio itu mulai 1 September tahun lalu. Celoteh Anne ke udara setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 hingga 12 malam dan jam 6 hingga 10 pagi pada Sabtu.
----------------------------------------------------------
That's Anne. If she wasn't a HotFm DJ now, she'll be an athlete. She represented Perak State during her school days for the 100m sprint event.
To Anne, I'm always proud of you & I just wanna see you happy always in whatever you do as HAPPINESS DEPENDS UPON OURSELVES.
Yours truly,
me.

No comments:
Post a Comment