By the way, just for your info, this guy is the one who did the 50 times' solo climb up to Mount Kinabalu last year in conjunction with the 50 years of Merdeka Celebration.
M. Noor cuba pendakian solo Menara KL Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN, Utusan Malaysia, 16 January 2008
Jurugambar akhbar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin akan cuba mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records menerusi 'Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur' awal Februari ini.
Mohd. Noor yang mengukir nama dalam Projek Malaysia Everest 1997 akan mendaki Menara Kuala Lumpur sebanyak 50 kali mulai 1 hingga 3 Februari ini.
Beliau akan membuat pendakian di menara itu melalui 2,058 anak tangga secara solo.
"Saya menjangkakan mengambil masa satu jam untuk menghabiskan setiap pendakian. Bagi satu pendakian, saya akan menghabiskan sebanyak 2,058 anak tangga, kemudian turun menerusi laluan yang sama.
"Bagi mencapai pendakian 50 kali, saya jangka tidak akan tidur selama dua malam untuk menamatkan segera pendakian," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad di sini, semalam.
Cabaran itu dijangka disertai kira-kira 2,000 peserta tempatan dan antarabangsa.
Bagi cabaran yang menawarkan hadiah keseluruhan RM95,000 itu, peserta akan memulakan larian di Hutan Simpan Bukit Nanas, sebelum mendaki anak tangga sehingga ke puncak Menara Kuala Lumpur.
Sementara itu, Zulkifli memberitahu, acara tahunan kali ketujuh sejak 1998 anjuran Menara Kuala Lumpur itu antara lain bertujuan mempromosikan Malaysia.
Katanya, cabaran terbahagi kepada 13 kategori, antaranya lelaki dan wanita terbuka, veteran serta lelaki dan perempuan junior.
Mereka yang berminat boleh mendaftar di Menara Kuala Lumpur dan di pejabat Persatuan Atlet Amatur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTAAA), di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Jalan Hang Jebat, di sini sebelum 30 Januari ini.
FTAAA juga akan membuka kaunter pendaftaran di Taman Tasik Perdana, di sini pada 19 dan 20 Januari ini.
Kaunter dibuka pukul 10 pagi hingga 5 petang manakala hari berikutnya pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
--------------------------------------------------Utusan Malaysia, 16/01/08
OK, my decision is final. I'm very determined to do it, for once in my life. I'll try, at least.
Anyway, if you're interested to participate in the Towerthon event, go ahead. It's good for you to try climbing the 2,058 steps. It's a leap year in 2008, so try something different in your life, try Towerthon. I really encourage you & challenge you to do it. I did it in 2006 as per my previous entry here.
Check out these websites for more details.....http://www.menarakl.com.my/e_KLIT.html or http://kltowerthon.blogspot.com/
I'm ready!!
: )

No comments:
Post a Comment